Wednesday, 12 December 2012

LATIHAN - PILIH AYAT-AYAT YANG BETUL

Cikgu berharap agar anak didik cikgu telah faham nota tentang kesalahan umum tatabahasa. Nota ini dapat membantu kamu untuk menjawab soalan-soalan memilih ayat-ayat yang betul. Soalan-soalan ini terdapat di dalam Kertas 1, Bahasa Melayu. Kebiasaannya, soalan-soalan ini terletak pada soalan 27 dan 28. Selamat menjawab.


1. A Pemandangan di Pulau Tioman nian indah ketika matahari hampir terbenam.
    B  Merah benar baju kebaya moden yang dipakai oleh gadis berdarah campuran itu.
    C  Harga ikan bawal putih betul mahal berbanding dengan harga ikan-ikan yang lain.
    D  Kami mendapat layanan yang sungguh baik sekali daripada keluarga itu.

2. A  Semoga penuhkan kerusi di bahagian hadapan.
    B  Minta kemaskan buku-buku yang ada atas meja kamu itu.
    C  Harap disebut lagi nama lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.
    D  Jemput semua tetamu menikmati juadah yang sudah terhidang.

3. A  Banyak kuih-muih tradisional terhidang di atas meja makan itu.
    B  Para-para baharu daripada kayu meranti itu dibuat oleh ayah.
    C  Tiga jarinya kudung kerana termasuk ke dalam pengisar mesin tepung.
    D  Berbagai masalah disiplin telah dibincangkan dalam mesyuarat bulanan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

4. A  Siapa gerangan lelaki yang berkumis nipis dan dan berbaju oren itu?
    B  Cikgu Alif berkursus di Pulau Langkawi hanya empat hari sahaja.
    C  Jika ibu dan ayah pergi ke pasar raya, adik pun hendak pergi bersama-sama.
    D  Dialah yang menghiaskan dinding makmal komputer dengan mural yang cantik.

5. A  Pencemaran air ialah seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai.
    B  Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ialah tanggungjawab bersama.
    C  Encik Aminudin adalah pengusaha kantin yang baharu di Sekolah Kebangsaan Wira.
    D  Wayang kulit adalah antara permainan tradisional yang popular di negeri Kelantan.

6. A  Dia merupakan peserta yang termuda sekali dalam uji bakat "Idola kecil" itu.
    B  Indah sekali lukisan pemandangan di lereng bukit yang dilukisnya itu.
    C  Guru besar telah mengumumkan berita baik itu dalam perhimpunan pada pagi esok.
    D  Zaki kurang benar faham akan prosedur kerja di firma itu kerana dia baru bertugas.

7.  I    Bengkel mengecat kereta yang diusahakannya adalah tidak menguntungkan.
     II  Nasi dagang ialah makanan yang popular dalam kalangan penduduk Terengganu.
     III Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pos Kuantan berpindah ke bangunan baharunya.
     IV Hasni adalah antara pelajar yang mewakili negeri Perlis ke pertandingan Reka Cipta.

     A  I dan III       B II dan III        C  II dan IV         D  III dan IV

8. I    Daun-daun kering bertaburan di halaman rumah Mak Cik Kamariah.
    II  Kutu embun-kutu embun itu diberkas oleh polis kerana memandu tanpa lesen.
    III Lampu neon bergantungan di restoran makanan laut yang baru dibuka itu.
    IV  Duta besar-duta besar itu akan menghadiri persidangan khas di Putrajaya.

    A  I dan II        B  II dan III       C  III dan IV        D  I dan IV

9. I    "Bila dan apakah kejadian tanah runtuh itu berlaku?" tanya ayah kepada abang.
    II   "Pegawai bank yang memakai tali leher yang bercorak batik itu siapakah?" tanya Aina kepada ibunya.
    III  "Harga sekilo ayam kampung yang sudah diproses berapa?" tanya ayah kepada peniaga ayam itu.
    IV  "Sejak bilakah Chan Wei berjinak-jinak dengan permainan boling itu?" tanya Tze Han kepada Raju.

     A  I dan II      B  I dan III         C  II dan III          D  III dan IV

10. I   Beribu naskhah surat khabar lama dikumpulkan sempena Kempen Kitar Semula.
      II  Pelbagai strategi cuba dilakukannya untuk membolosi gawang gol pasukan lawan.
      III Sesetengah orang tidak suka makan ikan air tawar kerana baunya yang agak hanyir.
      IV Kedua orang pemuda itu telah disoal siasat oleh polis kerana disyaki pecah amanah.

      A  I dan II     B  II dan III       C  III dan IV         D  I dan IV

11. I   Wah,atas kejayaan anda memenangi acara itu buat kali ketiga berturut-turut.
      II  "Cis, di sini rupa-rupanya kamu bermalam!" kata pengemis itu kepada kawannya.
      III  Aduh, lihatlah sendiri perangai budak-budak muda yang suka berlumba haram itu!
      IV  Eh, kamu rupa-rupanya yang mengetuk pintu dapur rumah saya!

      A   I dan II      B  I dan III        C  II dan III        D  II dan IV

12. I    Kutu-kutu rayau itu masih melepak di tepi jalan walaupun sudah larut malam.
      II   Abang membeli pisang goreng di gerai yang berdekatan dengan rumah kami.
      III  Emak menasihati adik supaya tidak makan terlalu banyak mempelam jeruk.
      IV  Sekolah sahabat pena saya yang tinggal di Sarawak itu jauh dari bandar pusat.

       A  I dan II     B  II dan III       C  III dan IV       D  I dan IV



Sunday, 9 December 2012

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (FASA 2)

Kata tanya digunakan untuk menanyakan atau menyoalkan sesuatu. Antara kata tanya yang sering disalahgunakan dalam ayat ialah kata tanya "bila." Kata tanya ini ada kalanya seolah-olah bertukar menjadi kata keterangan "adverba" dalam ayat.
Ayat contoh:

1. Apabila hujan lebat kawasan rendah itu biasanya akan mengalami banjir kilat.                (betul)
    Bila hujan lebat kawasan rendah itu biasanya akan mengalami banjir kilat.                      (salah)
2. Bilakah kamu hendak pergi ke bandar untuk membeli buku nota dan buku rujukan itu?  (betul)
    Apabila kamu hendak pergi ke bandar untuk membeli buku nota dan buku rujukan itu?  (salah)

Penggunaan kata yang tepat dapat memberikan makna atau maklumat yang paling tepat kepada sesuatu pernyataan dalam ayat. Perbezaan yang membawa maksud ketara dalam frasa "perisa" dengan "perasa." Frasa "perisa" membawa maksud enak, lazat atau sedap. "Perasa" pula bermaksud rasa seakan-akan.
Ayat contoh:

1. Puan Rohana membeli sebiji kek berperasa oren di pasar tani pada pagi tadi.      (betul)
    Puan Rohana membeli sebiji kek berperisa oren di pasar tani pada pagi tadi.       (salah)
2. Dia menambah perasa ros ke dalam air sirap itu kerana warnanya kurang merah. (betul)
    Dia menambah perisa ros ke dalam air sirap itu kerana warnanya kurang merah.  (salah)

Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bagi kata atau frasa yang tidak jelas atau tidak nyata seperti lembaga hitam. Untuk rangkai kata tersebut hanya gunakan kata bilangan tentu sahaja. Namun demikian, penjodoh bilangan ataupun kata bilangan tidak diperlukan langsung dalam ayat tertentu.
Ayat contoh:

1. Satu lembaga putih dipercayai menghuni rumah kosong di hujung desa itu.         (betul)
    Lembaga putih dipercayai menghuni rumah kosong di hujung desa itu.                (betul)
    Seekor lembaga putih dipercayai menghuni rumah kosong di hujung desa itu.     (salah)
2. Tiga makhluk asing yang kerdil itu dipercayai berasal dari planet Marikh.           (betul)
    Tiga orang makhluk asing yang kerdil itu dipercayai berasal dari planet Marikh. (salah)

Kata nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu maklumat atau perkara. Terdapat dua jenis kata nafi iaitu "bukan" dan "tidak." Kata nafi "bukan" untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Ayat contoh:

1. Cikgu Hashim bukan guru Bahasa Melayu Tahun Enam.                                      (betul)
    Cikgu Hashim tidak guru Bahasa Melayu Tahun Enam.                                        (salah)
2. Pokok manggis di tepi rumah saya tidak berbuah kerana pokoknya masih muda.  (betul)
    Pokok manggis di tepi rumah saya bukan berbuah kerana pokoknya masih muda. (salah)

Berdasarkan penggunaan sehari-hari, kata "boleh" dan "dapat" seakan-akan mempunyai makna yang sama. Namun demikian, sebenarnya kedua-dua kata itu mempunyai makna yang berbeza. Kata "boleh" dikaitkan dengan keizinan. Kata "dapat" pula bermaksud keupayaan atau kemampuan. 
Ayat contoh:

1. Saya tidak dapat berfikir dengan baik apabila diganggu oleh bunyi bising.             (betul)
    Saya tidak boleh berfikir dengan baik apabila diganggu oleh bunyi bising.             (salah)
2. Nabilah hanya boleh menonton televisyen setelah menyiapkan kerja sekolahnya.  (betul)
    Nabilah hanya dapat menonton televisyen setelah menyiapkan kerja sekolahnya.  (salah)

Penggunaan kata "satu" dan "sesuatu" sering mengelirukan kita. Kata "satu" menunjukkan bilangan yang bererti tunggal. Jika digunakan dengan penjodoh bilangan, biasanya kata "satu" disingkatkan menjadi "se" sahaja seperti seorang. Kata "sesuatu" pula menyatakan maksud apa-apa.  Dalam tatabahasa, kata "sesuatu" digolongkan ke dalam kata ganti benda tak tentu (benda dan haiwan). Kata "satu" pula sesuai digunakan untuk manusia dan bukan manusia.
Ayat contoh :

1. Saya terdengar satu objek sedang bergerak menghampiri sampan kita.                     (betul)
    Saya terdengar sesuatu objek sedang bergerak menghampiri sampan kita.                (salah)
2. Satu daripada sebab keruntuhan umat Islam ialah kelemahan peribadi pemimpin.      (betul)
    Sesuatu daripada sebab keruntuhan umat Islam ialah kelemahan peribadi pemimpin. (salah)


Penggunaan kata sendi nama "dari" dan "daripada" sering disalahgunakan. Kata sendi nama "dari" menerangkan waktu atau masa, tempat dan arah. Kata sendi nama "daripada" pula menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda atau unsur abstrak, menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan menyatakan perbezaan dan perbandingan.
Ayat contoh:

1. Saya akan berada di tapak pembinaan itu dari pagi hingga petang.              (betul)
    Saya akan berada di tapak pembinaan itu daripada pagi hingga petang.      (salah)
2. Berhati-hatilah di jalan raya untuk mengelakkan diri daripada tragedi ngeri. (betul)
    Berhati-hatilah di jalan raya untuk mengelakkan diri dari tragedi ngeri.         (salah)

Kata majmuk merupakan gabungan dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan menjadi satu kesatuan yang membawa makna tertentu.
Ayat contoh :

1. Puan Suzana membeli lima kilogram mangga jeruk di pasar tani, Kuantan.          (betul)
    Puan Suzana membeli lima kilogram jeruk mangga di pasar tani, Kuantan.          (salah)
2. Kavitha menggunakan telefon dail terus untuk menghubungi kakaknya di India.  (betul)
    Kavitha menggunakan telefon terus dail untuk menghubungi kakaknya di India.  (salah)
3. Guru besar menyelitkan kata mutiara sebagai motivasi kepada murid-muridnya.  (betul)
    Guru besar menyelitkan mutiara kata sebagai motivasi kepada murid-muridnya.  (salah)

Kata sendi nama "akan" di hadapan manusia dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif bersifat perasaan. Kata adjektif ini tidak boleh diimbuhkan dengan akhiran....-kan seperti sayangkan atau marahkan.
Ayat contoh:

1. Dia terlalu rindu akan kakaknya yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia.  (betul)
    Dia terlalu rindukan kakaknya yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia.     (salah)
2. Ibu marah akan adik kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgunya.    (betul)
    Ibu marahkan adik kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgunya.       (salah)

Penggunaan kata "kesal" dan "sesal" seakan-akan sama. Mengikut kamus "kesal" bererti tidak senang atau kecewa. Kata "sesal" pula bererti rasa tidak senang akan dosa iaitu insaf.
Ayat contoh:

1. Rakyat Malaysia amat mengesali tindakan rejim Zionis di bumi Palestin.           (betul)
    Rakyat Malaysia amat menyesali tindakan rejim Zionis di bumi Palestin.           (salah)
2. Dia berasa sesal atas perbuatannya memukul anaknya yang tidak bersalah itu.  (betul)
    Dia berasa kesal atas perbuatannya memukul anaknya yang tidak bersalah itu.  (salah)
3. Guru besar mengesali tindakan murid tahun lima yang ponteng latihan sukan.     (betul)
    Pemandu bas itu menyesali kecuaiannya yang menyebabkan tragedi ngeri itu.    (betul)




animasi bergerak kupu kupuanimasi bergerak kupu kupu  animasi bergerak kupu kupu

Friday, 7 December 2012

KESALAHAN UMUM TATABAHASA (FASA 1)

         Tanpa kita sedari sebenarnya terdapat banyak kesalahan umum tatabahasa yang kita telah lakukan. Justeru itu, cikgu mengajak anak-anak didik cikgu merenung sejenak kesalahan-kesalahan umum tatabahasa tersebut. Harapan agar anak-anak didik cikgu dapat manfaat daripada info ini.


Kata Adjektif hanya menerima imbuhan awalan mempeR- dan tidak menerima imbuhan apitan mempeR-....-kan. 
Ayat contoh :

1. Ayah memperbesar reban ayam serama di belakang rumah.              (betul)
    Ayah memperbesarkan reban ayam serama di belakang rumah.       (salah)
2. Para pekerja memperdalam longkang di kawasan perumahan itu.      (betul)
    para pekerja memperdalamkan longkang di kawasan perumahan itu  (salah)

Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis iaitu penguat hadapan (palng,agak,terlalu), kata penguat belakang (betul,benar,sekali,nian) dan penguat bebas (sungguh,amat,sangat)
Ayat contoh :

1. Indah nian pemandangan di tepi pantai ketika matahari hampir terbenam.              (betul)
    Nian indah pemandangan di tepi pantai ketika matahari hampir terbenam.             (salah)
2. "Udara di Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron nyaman sungguh," kata Encik Ali.  (betul)
    "Udara di Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron sungguh nyaman," kata Encik Ali.   (betul)

Penggunaan kata majmuk iaitu kata pertama sahaja yang perlu digandakan. Bagi simpulan bahasa pula, penggandaan dilakukan pada keseluruhan kata tersebut kerana simpulan bahasa mempunyai maksud yang tersendiri.
Ayat contoh :

1. Duta-duta besar itu sedang menghadiri mesyuarat di Putrajaya.                                (betul)
    Duta besar-duta besar itu sedang menghadiri mesyuarat di Putrajaya.                       (salah)
2. Kutu embun-kutu embun yang terlibat dengan lumba haram itu ditangkap oleh polis. (betul)
    Kutu-kutu embun yang terlibat dengan lumba haram itu ditangkap oleh polis.            (salah)

Penggunaan kata bila dan apabila dalam ayat kadang-kadang menimbulkan kekeliruan. Perkataan 
"bila" digunakan dalam ayat tanya sementara "apabila" pula digunakan dalam ayat penyata.
Ayat contoh:

1. Apabila hari hujan, semua murid dikehendaki berteduh di kantin sekolah.     (betul)
    Kamu sekeluarga akan bercuti di rumah datuk kamu di Pulau Pangkor bila? (betul)
    Bila hari hujan, semua murid dikehendaki berteduh di kantin sekolah.           (salah)

Penggunaan kata dengan dan bersama-sama tidak boleh disekalikan dalam ayat kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Pilih salah satu, sama ada kata "dengan" atau perkataan "bersama-sama."
Ayat contoh:

1. Hasnah bersama-sama ibunya membeli keperluan dapur di pasar malam.              (betul)
    Hasnah bersama-sama dengan ibunya membeli keperluan dapur di pasar malam.  (salah)

Kata pemeri terdiri daripada ialah dan adalah. Ialah hadir di hadapan frasa nama manakala adalah hadir di hadapan frasa adjektif  dan frasa sendi nama. Adalah tidak boleh digunakan pada mana-mana awal ayat.
Ayat contoh:

1. Basikal baharu itu ialah hadiah hari lahir adik saya yang ketujuh.                    (betul)
    Basikal baharu itu adalah hadiah hari lahir adik saya yang ketujuh.                 (salah)
2. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai.  (betul)
    Punca pencemaran ialah seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai.     (salah)
3. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pos Kuantan akan ditutup esok.         (salah)
    Dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pos Kuantan akan ditutup esok.    (betul)

Apabila menggunakan kata ganda kita perlu berhati-hati dan elakkan penggunaan kata yang mempunyai maksud yang sama atau bertindih dengan kata ganda.
Ayat contoh:

1. Kebanyakan murid-murid di SK Sungai Keladi berketurunan India.                (salah)
    Kebanyakan murid di SK Sungai Keladi berketurunan India.                          (betul)
2. Daun-daun kering bertaburan memenuhi halaman rumah Mak Cik Ita.             (salah)
    Daun kering bertaburan memenuhi halaman rumah Mak Cik Ita.                      (betul)
3. Penduduk kampung saling menolong menguruskan kenduri kahwin itu.             (betul)
    Penduduk kampung saling tolong-menolong menguruskan kenduri kahwin itu.  (salah)
    Penduduk kampung tolong-menolong menguruskan kenduri kahwin itu.           (betul)

Perkataan "atas" dan "di atas" dalam ayat membawa maksud yang berbeza. Perkataan "atas" merujuk perkara yang abstrak atau bukan tempat manakala "di atas" pula merujuk tempat atau arah tertentu.
Ayat contoh:

1. Komputer riba yang baharu itu terletak di atas meja Cikgu Zaini.                (betul)
    Komputer riba yang baharu itu terletak atas meja Cikgu Zaini.                    (salah)
2. Guru besar merakamkan penghargaan atas kerjasama PIBG selama ini.      (betul)
    Guru besar merakamkan penghargaan di atas kerjasama PIBG selama ini.  (salah)

Penggandaan penuh merupakan proses penggandaan keseluruhan kata dasar tanpa perubahan sebarang bentuk dan ada yang membawa maksud tunggal serta membawa maksud banyak. Oleh itu, kita mesti berhati-hati semasa membina ayat yang menggunakan kata ganda membawa maksud tunggal atau kata ganda membawa maksud banyak.
Ayat contoh:

1. Banyak murid yang tidak hadir aktiviti kokurikulum kerana hari hujan.               (betul)
    Banyak murid-murid tidak hadir aktiviti kokurikulum kerana hari hujan.             (salah)
2. Di taman itu terdapat banyak rama-rama yang sedang menghisap madu bunga.  (betul)
    Di taman itu terdapat rama-rama yang sedang menghisap madu bunga.              (betul)
3. Rumah-rumah yang baru dibina di Taman Sentosa itu cantik bentuknya.             (betul)
    Rumah yang baru dibina di Taman Sentosa itu cantik-cantik bentuknya.             (betul)
    Rumah-rumah yang baru dibina di Taman Sentosa itu cantik-cantik bentuknya.  (salah)

Penggandaan separa merupakan proses penggandaan sebahagian kata dasar sama ada kata tunggal ataupun kata terbitan. penggandaan boleh berlaku sama ada di hadapan atau di belakang kata dasar. Penggandaan separa ini ada yang membawa maksud saling seperti usik-mengusik. Oleh itu, kita perlu berhati-hati semasa membina ayat menggunakan kata ganda separa yang membawa maksud saling.
Ayat contoh:

1. Murid-murid tahun enam saling menolong menceriakan kelas mereka.                       (betul)
    Murid-murid tahun enam tolong-menolong menceriakan kelas mereka.                      (betul)
    Murid-murid tahun enam saling tolong-menolong menceriakan kelas mereka.             (salah)
2. Amir dan Azman bantu-membantu membersihkan kebun pisang ayah mereka.           (betul)
    Amir dan Azman saling membantu membersihkan kebun pisang ayah mereka.            (betul)
    Amir dan Azman saling bantu-membantu membersihkan kebun pisang ayah mereka.  (salah)

Penggandaan berentak merupakan proses penggandaan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Penggandaan berentak ini ada yang membawa maksud bilangan jamak atau bilangan banyak seperti kuih-muih. Oleh itu, berhati-hati semasa membina ayat menggunakan kata ganda berentak yang membawa maksud bilangan banyak ini. 
Ayat contoh:

1. Di gerai Mak Munah ada dijual pelbagai jenis kuih tradisional Melayu.           (betul)
    Di gerai Mak Munah ada dijual kuih-muih tradisional Melayu.                        (betul)
    Di gerai Mak Munah ada dijual pelbagai jenis kuih-muiih tradisional Melayu.  (salah)
2. Maniam menjual berbagai-bagai jenis sayur di Pasar Tani Kuantan.                (betul)
    Maniam menjual sayur-mayur di Pasar Tani di Kuantan.                                 (betul)
    Maniam menjual berbagai-bagai jenis sayur-mayur di Pasar Tani Kuantan.     (salah)

Penggunaan kata penegas hanya dan sahaja bersama-sama dalam ayat adalah salah. Begitu juga dengan cuma dan sahaja tidak boleh bersama-sama dalam ayat. Hal ini kerana kata penegas tersebut mempunyai maksud atau pengertian yang sama.
Ayat contoh:

1. Encik Wahab dan keluarganya bercuti di Pulau Langkawi hanya seminggu.            (betul)
    Encik Wahab dan keluarganya bercuti di Pulau Langkawi hanya seminggu sahaja.  (salah)
2. Harga baju kurung di Butik Ariani  itu cuma RM 200 sepasang.                             (betul)
    Harga baju kurung di Butik Ariani itu cuma RM200 sahaja sepasang.                    (salah)



Kata bilangan tentu seperti sepuluh ribu dan kata bilangan himpunan seperti beratus-ratus mesti diikuti penjodoh bilangan.
 Ayat contoh:

1. Nisa memiliki empat buah kereta mewah dan dua buah motosikal berkuasa tinggi.   (betul)
    Nisa memiliki empat kereta mewah dan dua motosikal berkuasa tinggi.                    (salah)
2. Pertandingan akhir futsal remaja itu disaksikan oleh beribu-ribu orang penonton.      (betul)
    Pertandingan akhir futsal remaja itu disaksikan oleh beribu-ribu penonton.               (salah)

Kata bilangan tak tentu seperti para, semua, sedikit dan lain-lain tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan  kecuali kata bilangan "beberapa."
Ayat contoh:

1. Semua murid mesti mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah.                         (betul)
    Semua orang murid mesti mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah.               (salah)
2. Beberapa orang nelayan telah berpakat untuk mengusahakan ternakan udang galah .  (betul)
    Beberapa nelayan telah berpakat untuk mengusahakan ternakan udang galah.            (salah)

Penggunaan kata berimbuhan awalan peng- menjadi penge- apabila diimbuhankan pada kata dasar yang bersuku kata satu seperti bom, syor dan pam. Penggunaan kata berimbuhan apitan peN-...menjadi penge-...-an diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu seperti bom,pos dan lain-lain.
Ayat contoh:

1. Pengehad jalan digunakan bagi menyekat lori pasir memasuki kawasan itu.   (betul)
    Penghad jalan digunakan bagi menyekat lori pasir memasuki kawasan itu.     (salah)
2. Kamal berurusan di kaunter pengeposan barang di pejabat pos.                   (betul)
    Kamal berurusan di kaunter pengposan barang di pejabat pos.                     (salah)

Pengimbuhan ialah proses pembentukan kata yang paling penting dalam Bahasa Melayu. Melalui pengimbuhan sesuatu perkataan itu akan berubah sama ada dari segi bentuk, tugas atau maksudnya. 
Ayat contoh :

1. Para pekerja sedang melakukan pendalaman longkang di taman perumahan itu.      (betul)
    Para pekerja sedang melakukan pedalaman longkang di taman perumahan itu.        (salah)
2. Kawasan pedalaman di negeri Sabah sudah ada kemudahan api dan air bersih.       (betul)
    Kawasan pendalaman di negeri Sabah sudah ada kemudahan api dan air bersih.     (salah)

Perkataan pelaksanaan dan perlaksanaan yang menggunakan kata dasar " laksana" pula ada perbezaannya. Pelaksanaan bermaksud "proses melaksanakan atau proses melakukan sesuatu" manakala perlaksanaan bermaksud "hasil daripada melaksanakan atau melakukan sesuatu" 

Ayat contoh:

1. Pelaksanaan Bulan Kemerdekaan telah ditetapkan pada bulan Ogos setiap tahun.    (betul)
    Perlaksanaan Bulan Kemerdekaan telah ditetapkan pada bulan Ogos setiap tahun.   (salah)
2. Perlaksanaan program "satu kampung satu produk telah mencapai sasarannya."        (betul)
    Pelaksanaan program "satu kampung satu produk telah mencapai sasarannya."         (salah)

Wednesday, 5 December 2012

LATIHAN SIMPULAN BAHASA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1. Dia mempelawa saya makan sekadar______________sahaja.

2. Janganlah___________dengan kelakuan tidak sopan pemuda itu.

3. Walaupun dia_______________tetapi perhubungan mereka tidak mesra.

4. Banyak orang suka berkawan dengan Siti kerana dia______________.

5. Pengawas itu terpaksa________________untuk mendamaikan pelajar yang bergaduh itu.

6. Kanak-kanak itu berasa_____________apabila diejek oleh budak-budak nakal.

7. Pengemis itu tidur di ____________bangunan beralaskan kertas akhbar.

8. Jangan mudah percaya akan kata-katanya itu kerana dia_________________.

9. Mak Lijah selalu______________kerana anak-anaknya degil dan suka bergaduh.

10. Abu_____________kerana adiknya enggan mendengar nasihatnya.

11. Setelah beberapa kali mengalami kerugian, dia ______________hendak berniaga lagi.

12. Usianya baru sebelas bulan tetapi anak kecil itu memang ________________.

13. Orang yang _____________memang begitu, cakap sikit dah nak melenting.

14. Cuba gerakkan budak itu kerana dia baru____________________.

15. Sejak rakannya lemas, Ahmad ________________hendak mandi-manda di laut lagi.

16. Azman _____________hendak berjumpa dengan Cikgu Mahani ,guru disiplinnya.
17. Beberapa orang_____________meriuhkan suasana di kedai kopi Pak Mat.

18. Pak Uteh berasa______________kerana tidak dipedulikan anak-anaknya.

19. Saya ni _______________tau, tidak hairan dengan ugutan kamu itu.

20. Along sudah biasa tidak memakai________________ketika berjalan di hutan.


 
JAWAPAN PILIHAN

Baik hati               Ambil hati               Kaki lima                 Anak kandung           Ajak-ajak ayam

Jauh hati              Alas kaki                 Makan hati              Malu mata                Campur tangan

Patah hati            Ringan mulut          Panas hati               Telinga nipis             Tawar hati

Kaki borak         Anak bapa               Kaki temberang       Hangat hati              Tidur-tidur ayam

Monday, 3 December 2012

SIMPULAN BAHASA

HATI

ADA HATI
    Mempunyai keinginan untuk mendapatkan sesuatu.

AMBIL HATI
   Melakukan sesuatu supaya disukai atau tersinggung.

BAIK HATI
    Orang yang suka menolong orang lain.

BENGKAK HATI
    Berasa geram, marah dan kecewa.

BERAT HATI
    Tidak samapai hati atau tidak tergamak.

BESAR HATI
    Berasa bangga atau sangat gembira.

BUAH HATI
   Orang yang amat disayangi.

BULAT HATI
    Melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

BUSUK HATI
     Berperangai jahat.

BUTA HATI
   Tidak berpengetahuan atau terlalu payah menerima ilmu.

GELI HATI
    Ketawa kerana sesuatu yang lucu.

HANCUR HATI
    Terlalu sedih.

HANGAT HATI
    Berasa geram atau marah.

HATI BATU
    Orang yang keras hatinya.

HATI EMAS
    Orang yang sangat baik hati.

HATI KECIL
    Perasaan batin.

HATI TIKUS
    Orang yang penakut.

IRI HATI
   Berasa cemburu.

ISI HATI
    Perasaan yang tersimpan di hati.

JATUH HATI
    Berasa berkenan atau berasa cinta akan seseorang.

JAUH HATI
   Merajuk atau tersinggung oleh perlakuan seseorang.

KATA HATI
    Terlalu mengikut perasaan.

KECIL HATI
    Perasaan tersinggung.

KECUT HATI
   Berasa takut atau gentar.

MAKAN HATI
    Berasa terlalu dukacita.

MURAH HATI
    Orang yang dermawan.

PANAS HATI
    Cepat marah.

PATAH HATI
    Orang yang kecewa.

SAGU HATI
    Wang ganjaran sebagai penghargaan.

SAKIT HATI
    Berasa tersinggung dan marah.

SAMPAI HATI
    Tergamak atau sanggup melakukan sesuatu.

SEJUK HATI
    Hilang perasaan marah atau berasa tenteram.

TAWAR HATI
    Hilang semangat untuk melakukan sesuatu.

TERANG HATI
    Mudah memahami sesuatu yang diajarkan.



KAKI

ALAS KAKI
Benda yang dipakaikan pada kaki ketika berjalan.

KAKI AYAM
Orang yang tidak memakai kasut.

KAKI BANGKU
Tidak pandai bermain bola.

KAKI BORAK
Orang yang suka berbual-bual.

KAKI BOTOL
Orang yang suka minum minuman keras atau arak

KAKI JOLI
Orang yang gemar membelanjakan wang sesuka hatinya.

KAKI JUDI
Orang yang gemar berjudi.

KAKI LIMA
Bahagian tepi bangunan atau jalan.

KAKI TEMBERANG
Orang yang suka berbohong.



AYAM

AJAK-AJAK AYAM
Ajakan atau pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh.

AYAM TAMBATAN
Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pasukan.

CAKAR AYAM
Tulisan yang buruk dan sukar dibaca.

KAKI  AYAM
Orang yang tidak memakai kasut.

RABUN AYAM
Tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu senja.

TIDUR-TIDUR AYAM
Tidur yang tidak lena.



ANAK

ANAK ANGKAT
Anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri

ANAK BAPA
Orang yang gagah dan berani

ANAK BUAH
Anak saudara atau orang di bawah jagaan ketua.

ANAK DAGANG
Orang yang merantau.

ANAK EMAS
Orang yang amt dikasihi ibu bapa atau pihak tertentu.

ANAK KANDUNG
Anak sendiri

ANAK KAPAL
Pekerja dalam sesebuah kapal

ANAK NEGERI
Orang yang dilahirkan di sesebuah negeri.


MATA

ANGKAT MATA
Melawan atau menentang.

BERAT MATA
Berasa mengantuk.

CUCI MATA
Melihat lelaki atau perempuan untuk menyeronokkan hati.

EKOR MATA
Melihat dengan hujung mata.

MALU MATA
Berasa segan atau hormat kepada seseorang.

RAMBANG MATA
Sukar membuat pilihan.

SAKIT MATA
Berasa tidak elok pada pandangan.

SENGKANG MATA
Tidak tidur malam.

TANDA MATA
Barang pemberian sebagai kenangan.



TELINGA

PASANG TELINGA
Mendengar dengan penuh tumpuan.

SAKIT TELINGA
Kurang enak didengar.

TEBAL TELINGA
Orang yang tidak tahu malu atau tidak menghiraukan cacian orang.

TELINGA KUALI
Orang yang penyabar.

TELINGA LINTAH
Pendengaran yang tajam atau peka.

TELINGA NIPIS
Orang yang cepat marah.

TELINGA TEMPAYAN
Orang yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat.




MULUT

BANYAK MULUT
Banyak bercakap atau suka berleter.

BERAT MULUT
Orang yang pendiam atau tidak mahu bercakap.

BUAH MULUT
Sesuatu yang menjadi perbualan orang.

GATAL MULUT
Suka menceritakan keburukan orang.

JAGA MULUT
Berhati-hati dalam pertuturan.

MULUT MURAI
Orang yang suka bercakap.

MULUT TEMPAYAN
Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia.

PEMBASUH MULUT
Makanan atau minuman ringan selepas makan.

PERANG MULUT
Bertengkar dengan menggunakan kata-kata yang kesat.

RINGAN MULUT
Peramah atau cepat boleh bercakap.

TAJAM MULUT
Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.



TANGAN

ANGKAT TANGAN
Mengaku kalah atau menyerah diri

BANYAK TANGAN
Banyak orang yang menguruskan atau melakukan sesuatu.

BEKAS TANGAN
Hasil buatan seseorang.

BUAH TANGAN
Hadiah yang dibawa pulang dari perjalanan atau ketika berziarah.

CAMPUR TANGAN
Turut serta dalam urusan orang lain.

CEPAT TANGAN
Suka mencuri.

DALAM TANGAN
Sesuatu yang pasti diperoleh.

GATAL TANGAN
Suka membuat sesuatu yang bukan-bukan.

LEPAS TANGAN
Tidak masuk campur dalam sesuatu urusan.

PANJANG TANGAN
Orang yang suka mencuri

RINGAN TANGAN
Suka menolong orang atau suka mengambil hak orang.


images of Animasi Bergerak Untuk Powerpoint Kupu Kupu Wartaspot