Wednesday 12 December 2012

LATIHAN - PILIH AYAT-AYAT YANG BETUL

Cikgu berharap agar anak didik cikgu telah faham nota tentang kesalahan umum tatabahasa. Nota ini dapat membantu kamu untuk menjawab soalan-soalan memilih ayat-ayat yang betul. Soalan-soalan ini terdapat di dalam Kertas 1, Bahasa Melayu. Kebiasaannya, soalan-soalan ini terletak pada soalan 27 dan 28. Selamat menjawab.


1. A Pemandangan di Pulau Tioman nian indah ketika matahari hampir terbenam.
    B  Merah benar baju kebaya moden yang dipakai oleh gadis berdarah campuran itu.
    C  Harga ikan bawal putih betul mahal berbanding dengan harga ikan-ikan yang lain.
    D  Kami mendapat layanan yang sungguh baik sekali daripada keluarga itu.

2. A  Semoga penuhkan kerusi di bahagian hadapan.
    B  Minta kemaskan buku-buku yang ada atas meja kamu itu.
    C  Harap disebut lagi nama lelaki yang tidak bertanggungjawab itu.
    D  Jemput semua tetamu menikmati juadah yang sudah terhidang.

3. A  Banyak kuih-muih tradisional terhidang di atas meja makan itu.
    B  Para-para baharu daripada kayu meranti itu dibuat oleh ayah.
    C  Tiga jarinya kudung kerana termasuk ke dalam pengisar mesin tepung.
    D  Berbagai masalah disiplin telah dibincangkan dalam mesyuarat bulanan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

4. A  Siapa gerangan lelaki yang berkumis nipis dan dan berbaju oren itu?
    B  Cikgu Alif berkursus di Pulau Langkawi hanya empat hari sahaja.
    C  Jika ibu dan ayah pergi ke pasar raya, adik pun hendak pergi bersama-sama.
    D  Dialah yang menghiaskan dinding makmal komputer dengan mural yang cantik.

5. A  Pencemaran air ialah seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai.
    B  Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar ialah tanggungjawab bersama.
    C  Encik Aminudin adalah pengusaha kantin yang baharu di Sekolah Kebangsaan Wira.
    D  Wayang kulit adalah antara permainan tradisional yang popular di negeri Kelantan.

6. A  Dia merupakan peserta yang termuda sekali dalam uji bakat "Idola kecil" itu.
    B  Indah sekali lukisan pemandangan di lereng bukit yang dilukisnya itu.
    C  Guru besar telah mengumumkan berita baik itu dalam perhimpunan pada pagi esok.
    D  Zaki kurang benar faham akan prosedur kerja di firma itu kerana dia baru bertugas.

7.  I    Bengkel mengecat kereta yang diusahakannya adalah tidak menguntungkan.
     II  Nasi dagang ialah makanan yang popular dalam kalangan penduduk Terengganu.
     III Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pos Kuantan berpindah ke bangunan baharunya.
     IV Hasni adalah antara pelajar yang mewakili negeri Perlis ke pertandingan Reka Cipta.

     A  I dan III       B II dan III        C  II dan IV         D  III dan IV

8. I    Daun-daun kering bertaburan di halaman rumah Mak Cik Kamariah.
    II  Kutu embun-kutu embun itu diberkas oleh polis kerana memandu tanpa lesen.
    III Lampu neon bergantungan di restoran makanan laut yang baru dibuka itu.
    IV  Duta besar-duta besar itu akan menghadiri persidangan khas di Putrajaya.

    A  I dan II        B  II dan III       C  III dan IV        D  I dan IV

9. I    "Bila dan apakah kejadian tanah runtuh itu berlaku?" tanya ayah kepada abang.
    II   "Pegawai bank yang memakai tali leher yang bercorak batik itu siapakah?" tanya Aina kepada ibunya.
    III  "Harga sekilo ayam kampung yang sudah diproses berapa?" tanya ayah kepada peniaga ayam itu.
    IV  "Sejak bilakah Chan Wei berjinak-jinak dengan permainan boling itu?" tanya Tze Han kepada Raju.

     A  I dan II      B  I dan III         C  II dan III          D  III dan IV

10. I   Beribu naskhah surat khabar lama dikumpulkan sempena Kempen Kitar Semula.
      II  Pelbagai strategi cuba dilakukannya untuk membolosi gawang gol pasukan lawan.
      III Sesetengah orang tidak suka makan ikan air tawar kerana baunya yang agak hanyir.
      IV Kedua orang pemuda itu telah disoal siasat oleh polis kerana disyaki pecah amanah.

      A  I dan II     B  II dan III       C  III dan IV         D  I dan IV

11. I   Wah,atas kejayaan anda memenangi acara itu buat kali ketiga berturut-turut.
      II  "Cis, di sini rupa-rupanya kamu bermalam!" kata pengemis itu kepada kawannya.
      III  Aduh, lihatlah sendiri perangai budak-budak muda yang suka berlumba haram itu!
      IV  Eh, kamu rupa-rupanya yang mengetuk pintu dapur rumah saya!

      A   I dan II      B  I dan III        C  II dan III        D  II dan IV

12. I    Kutu-kutu rayau itu masih melepak di tepi jalan walaupun sudah larut malam.
      II   Abang membeli pisang goreng di gerai yang berdekatan dengan rumah kami.
      III  Emak menasihati adik supaya tidak makan terlalu banyak mempelam jeruk.
      IV  Sekolah sahabat pena saya yang tinggal di Sarawak itu jauh dari bandar pusat.

       A  I dan II     B  II dan III       C  III dan IV       D  I dan IV



1 comment:

  1. Latihan topikal sebegini dapat membantu murid untuk menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik.

    ReplyDelete