Tuesday, 20 November 2012

UJI MINDA ANDA


       Soalan 1 – 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  “Mengapakah________bermuram durja? ________pergi bukannya lama,” kata
     Sultan   Mahmud kepada permaisuri.

     A  tuanku...Patik
     B  baginda...Beta
     C  adinda....Kakanda
     D  tuan hamba...Hamba

2   “________, sila ambil giliran dahulu,” kata petugas di kaunter dengan ramah mesra.

     A  Engkau
     B  Kamu
     C  Kita
     D  Saudara

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

           


3  Semasa majlis pertunangannya, kakak duduk____________ketika disarungkan cincin ke
    jari manisnya.

   A  bersila
   B  bersimpuh
   C  berlunjur
   D  mencangkung

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
                        

4   Bintang yang____________di angkasa pada waktu malam sungguh indah apabila
     dipandang.

    A  bersinaran
    B  bercahaya
    C  berkerdipan
    D berpancaran

5   Mak Esah sering membubuh baja pada pokok bunga kekwa itu___________masih tidak
     berbunga.

     A  sebab
     B  tetapi
     C  supaya
     D kerana

6   _____________menetap di Sabah, Azmi jarang pulang ke kampung __________pada
     Hari Raya Aidilfitri.

     A  Sejak...kecuali
     B  Hingga....apabila
     C  Ketika....sementara

7   Sementara menunggu pintu pagar dibuka, penonton___________di luar stadium.
  
    A  lalu-lalang
    B  simpang-siur
    C  berkisar-kisar
    D  mundar-mandir




Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8   Penduduk Kampung Ulu Guar masih mendapat bekalan air____________untuk kegunaan
     harian.

    A  paip
    B  sungai
    C  perigi
    D  sumur

9   “Kamu pergilah dahulu. Sebentar lagi saya akan______________,”kata Lina kepada
      Laila.

     A   mengekori
     B   mengikuti
     C   menyusul
     D  mengikuti

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.


10   Pak Dolah ____________dua buah bakul yang berisi buah-buahan sambil menuju ke rumahnya yang berhampiran dengan kebunnya.
       

       A  mengelek
       B  menjunjung
       C  mengandar
       D  memikul


Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
       
11   Encik Lim Seong mengira dengan cepat kerana beliau biasa menggunakan __________
       sejak belasan tahun lagi.

      A  jari-jari
      B  pundi-pundi
      C  dekak-dekak
      D  onde-onde
  
12   Bibir Aiman _____________akibat disengat oleh beberapa ekor tebuan ketika dia
       hendak menuju ke sungai.

      A  comot-momot
      B  coreng-moreng
      C  bengkak-bengkel
      D  kumat-kamit

13   Baginda berangkat______________rakyat jelata pun bersurai  untuk menyambung tugas
       masing-masing.

      A  adapun
      B  arakian
      C  alkisah
      D  hatta

14   Mazwina tersenyum______________Shaiful bercerita mengenai gelagat rakan
       sebiliknya.

       A  agar
      B   tatkala
      C   jika
      D  sejak


Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
                    

15   Salina mampu menarik perhatian ramai dengan _____________nya yang mengasyikkan.

      A  petikan gitar
      B  gesekan biola
      C  gesekan rebab
      D  gesekan rebana

16   Kami berasa seronok dapat melawat ke sebuah gua__________yang terletak di utara
       tanah air.

     A  batu karang
     B  tanah liat
     C  tanah pamah
     D  batu kapur

Saalan 17 berdasarkan gambar di bawah.



17   ____________, masih berani engkau menjejakkan kaki ke rumahku!

   A   Nah
   B   Cis
   C   Wahai
   D   Oh




Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18   Kakak menggantungkan___________cermin mata pada penyangkut di dalam bilik
       tidurnya.

      A  sebuah
      B  sebiji
      C  sepasang
      D seutas

19   Nenek membarut cucunya yang baru dilahirkan dengan sehelai kain.
       Pilih perkataan seerti bagi membarut.

      A  menutup
      B  mengikat
      C  membalut
      D  menampal

20   Mereka bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyokong bumbung pondok itu.
       Perkataan berlawan bagi menyokong ialah

       A  membina
       B  merobohkan
       C  merobekkan
       D  memasang

Soalan 21 – 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21  I   Surat pelantikan sebagai pengawas menjadi kunci untuk menjalankan tugas.
      II  Kunci pagar yang rosak itu baru diganti oleh bapa.
      III Surat yang baru dijumpainya itulah yang akan menjadi kunci bagi membongkar segala
            rahsia.
      IV  Sawah padi menjadi kunci bagi negeri Kedah.

      A  I, II dan III
      B  I, II dan IV
      C  I,III dan IV
      D  II, III dan IV


22    I    Ayah telah menurunkan tandatangan dalam dokumen itu.
        II   Ayah akan mengambil adik di sekolah pada waktu tengahari.
        III  Data yang kemas kini telah dimasukkan ke dalam komputer itu.
        IV  Tanggung jawab majikan adalah untuk menjaga kebajikan pekerja.

        A  I dan II
        B  I dan III
        C  II dan IV
        D  III dan IV

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

23   Bilakah bangunan ini dijangka akan siap pembinaannya?

      A  Bangunan itu sedang rancak dibina.
      B  Bangunan itu masih belum dapat disiapkan.
      C  Mengikut perancangan pada penghujung tahun ini.
      D  Pembinaan bangunan itu memakan masa yang lama.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

24    Pihak polis menasihati para pemandu agar memeriksa kenderaan mereka sebelum
        memulakan perjalanan.

       A  Apakah nasihat pihak polis kepada para pemandu?
       B  Mengapakah pihak polis menasihati para pemandu?
       C  Bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengelakkan kemalangan?
       D  Apakah aspek yang perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan?

Soalan 25 – 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25   “Usahlah kamu bersedih lagi. Teruskan usaha jika kamu mahu berjaya,” kata
         Cikgu Roslina kepada Afiqah.

        A  Cikgu Roslina memarahi Afiqah kerana telah gagal dalam peperiksaan.
        B  Afiqah bersedih kerana Cikgu Roslina telah memberi nasihat kepadanya.
        C  Afiqah telah dinasihati oleh Cikgu Roslina agar tidak bersedih dan terus berusaha jika
             tidak mahu gagal.
        D  Cikgu Roslina sungguh sedih kerana Afiqah tidak mahu meneruskan usahanya untuk
             lebih berjaya.



26   Doktor telah mengesahkan bahawa penyakit ayah boleh disembuhkan.

      A  “Terima kasih doktor kerana telah merawat penyakit saya,” kata ayah kepada
             doktor itu.
     B  “Saya akan sedaya upaya menyembuhkan penyakit encik,” kata doktor kepada ayah.
     C  “Encik jangan bimbang, penyakit encik boleh disembuhkan,” kata doktor kepada ayah.
     D  “Encik perlu bersabar kerana pihak hospital akan membantu,” kata doktor kepada ayah.

Soalan 27 – 28
Pilih ayat yang betul.

27    A  Kereta Kancil merah itu tidak kepunyaan Encik Rahim.
        B  Barang kemas bukan sesuai dipakai oleh murid sekolah.
        C  Stadium Darul Makmur bukan di Bentong tetapi di Kuantan.
        D  Lukisan-lukisan itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja.

28   I     Adik terus menuju ke arah ibu bila namanya dipanggil.
       II   Kami berasal dari sebuah kampung di pendalaman.
       III Amran menuntun basikalnya yang rosak menuju ke bengkel.
       IV  Muka Sundram bengkak-bengkel akibat diserang.

        A  I dan II
        B  III dan IV
        C  I , II dan III
        D  I , II , III  dan IV

Soalan 29 – 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29   Mak Limah selalu____________kerana anak-anaknya degil dan suka bergaduh.

      A  makan angkat
      B  makan diri
      C  makan hati
      D  makan suap

30   Murid-murid, dengarlah nasihat cikgu kalau ingin berjaya dalam peperiksaan. Ingat
       ______________________.

     A  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
     B  sekali jalan terkena, dua kali jalan ingat.
     C  sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
     D  sekali jalan terkena, dua kali jalan ingat.



Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

            “Tolong, tolong mak cik itu!” Kedengaran suara lelaki menjerit. Suasana menjadi kecoh. Seorang wanita tua terbaring di tepi jalan raya. Beberapa ekor ikan dan sayur-sayuran bertaburan di atas jalan raya. Beberapa orang lelaki cuba membantu wanita tersebut. Manakala beberapa orang lelaki yang lain kelihatan sedang mengejar seseorang. Segalanya berlaku dengan sekelip mata dan bagaikan bermimpi.     
            Rupa-rupanya wanita tua itu telah diragut. Kepalanya berdarah kerana terhantuk sesuatu. Syukurlah tiada bahagian lain yang cedera. Namun dalam masa yang singkat sahaja peragut itu telah berjaya ditangkap oleh orang ramai. Beberapa minit selepas itu, pihak polis pun tiba. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang lelaki yang telah membantu. Pihak polis amat berbangga dengan keberanian dan semangat mereka. Manakala wanita itu tadi telah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans.
            Keesokan harinya, saya menceritakan hal tersebut kepada guru kelas. Cikgu Zaini mengingatkan kami agar berhati-hati sewaktu berjalan. Cikgu Zaini juga menasihati kami agar menghindari sikap suka mencuri atau meragut.

31   Apakah antara tindakan awal yang dilakukan oleh orang ramai sewaktu kejadian  
       tersebut?

      A  Mengejar peragut tersebut.
      B  Membawa peragut ke balai polis.
      C  Merawat luka yang dialami oleh mak cik.
      D  Mengutip barang-barang mak cik yang bertaburan.

32   Mak cik itu berkemungkinan besar baru saja pulang dari

      A  pasar
      B  klinik
      C  sekolah
      D  kedai makan

33   Siapakah yang menjerit meminta tolong?

      A  polis
      B  lelaki
      C  peragut
      D  mangsa ragut





34   Perkataan seerti bagi perkataan kecoh seperti yang terdapat dalam petikan ialah

      A  riuh
      B  huru-hara
      C  malapetaka
      D  rebut

35   Berikut merupakan nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut kecuali

       A  membantu orang dalam kesusahan.
       B  sabar menaiki ambulans untuk pergi ke hospital.
       C  berani menangkap orang yang melanggar undang-undang.
       D  mengucapkan terima kasih kepada orang yang memberi bantuan.


Soalan 36 – 40
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

            Ikan bawal dibuat santapan,
                        Asam pedas si ikan sepat;
            Bangun awal, bersenam dan bersarapan,
                        Mindakan cerdas, badan pun sihat.

Nasi lemak sambal belacan,
                        Elok dihidang di atas pinggan;
            Kurangkan lemak dalam makanan,
                        Kolesterol jahat dapat dielakkan.

            Pagi-pagi memasang belat,
                        Belat dipasang oleh Pak Anjang;
            Gula berlebihan mendatangkan mudarat,
                        Penyakit datang tanpa diundang.

            Pergi kenduri rumah Pak Amin,
                        Singgah di pekan beli berangan;
            Buah-buahan dan sayuran banyak vitamin,
                        Perlu dijadikan sajian harian.

            Ikan sepat si ikan haruan,
                      Masak lemak si ikan tongsan;
           Kalau berat sudah berlebihan,
                       Amalkan diet dan kawal pemakanan.


36   Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan pada awal pagi?

       A  Melakukan senaman dan mengambil sarapan.
       B  Bangun awal dan pergi sekolah.
       C  Menyediakan sambal belacan.
       D  Membeli buah-buahan.

37  Mengapakah kita perlu mengurangkan makanan yang berlemak?

     A  Mengurangkan selera makan.
     B  Mencegah penyakit kencing manis.
     C  Mengurangkan kolesterol dalam badan.
     D  Mengekalkan kecerdasan minda dan badan.

38   Pantun di atas adalah pantun berbentuk

     A  jenaka
     B  nasihat
     C  semangat
     D  patriotisme

39   Kata mudarat dalam petikan bermaksud

      A  menyebabkan kekurangan zat makanan.
      B  menyebabkan kesan buruk.
      C  mengurangkan lemak.
      D  melemahkan badan.

40   Pada pendapat kamu, apakah makanan yang paling sesuai dimakan?

      A  Makanan yang seimbang dan berkhasiat.
      B  Makanan yang mahal dan diimport.
      C  Makanan yang tinggi kandungan gula.
      D  Makanan yang diproses secara canggih.





KERTAS SOALAN TAMAT