Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai .
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah .
1 . Mak Cik Tom membeli _________ pisang nangka di Pasar Chow Kit .
A . sebiji C . sesikat
B . sebutir D . setandan
2 . Encik Syukri membeli lima _________ tanah sawah untuk diusahakan .
A . deret C . lembar
B . keping D . bidang
3 . Pak Cik Amin menggunakan se ________ payung untuk meneduhi badannya daripada hujan sewaktu pergi ke kedai untuk membeli se _________ surat khabar .
A . kaki....helai C . kaki...naskhah
B . kaki...lembar D . batang...naskhah
4 . Puan Salmah membeli se __________ rebung untuk dimasak lemak sebagai hidangan tengah hari .
A . puntung C . batang
B . tongkol D . pucuk
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah .
5 . Mak Cik Zainab mengambil beberapa _________ durian untuk dibuat tempoyak .
A . biji C . buah
B . pangsa D . longgok
6 . Ayah membeli dua _________ buah kelapa muda .
A . kaki C . biji
B . batang D . pucuk
7 . Cawan-cawan itu dilapnya dengan _________ kain basahan .
A . segenggam C . sepasang
B . sekeping D . sehelai
8 . ________ gigi geraham bawahnya sudah berlubang .
A . Sekaki C . Sebilah
B . Sebatang D . Sepucuk
9 . Mereka menaiki _________ bot ke Pulau Tioman .
A . serawan C . sebuah
B . sepapan D . sebiji
10 . _________ sungai yang jernih terdapat di desa itu .
A . Setangkai C . Sebatang
B . Sebidang D . Selaras
No comments:
Post a Comment