Thursday, 1 November 2012

Kata Nama Khas



1. Kata Nama Khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk
 menyebut nama sesuatu benda ,sama ada benda yang bernyawa dan yang 
tidak bernyawa. 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. 
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat,judul buku, nama bangunan, 

dan sebagainya. 

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. 
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo,Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dan lain-lain
b) orang; misalnya : Cik Rafidah,Inspektor Azman, Dr. Long dan lain-lain 
c) binatang ; misalnya : Blacky,Pak Belang, Sang Kancil,Sang Rangkak dan lain-lain 
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru,Shah Alam, Kuala Lumpur , Tanjung Karang dan lain-lain 
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.


manusia

Zaidi, Mei Fong, Ahmad, Rajan, Mei Mei,
Subramaniam

binatang

Tompok (kucing), Sang Rangkah(buaya)
Jalak (ayam)

tempat

Muar (daerah), 
Seremban (bandar), 
Jepun (negara)

bangunan

Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), 
Menara Tun Razak (pejabat)

judul buku

Keluarga (majalah), 
Rentong (novel), 
Kamus Dewan ( buku)

benda

Proton Perdana (kereta) 
 Pilot (pen)

Seiko (jam)

2 comments:

  1. Tahniah,blog yang menarik dan banyak maklumat tatabahasa yang dapat diketahui.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

    ReplyDelete